Sunday, 2 February 2014

Tanda-tanda awal @ sakit bersalin

Assalamu'alaikum semua :)

Tajuk skema sikit kali ini. hihi bukan apa, saja nak berkongsi dengan pembaca tanda-tanda kelahiran yang saya rasai. Buat ibu-ibu yang pertama kali mengandung, Tahniah saya ucapkan :) ketahuilah anda sememangnya bertuah dapat menjadi seorang ibu. Ramai orang di luar sana yang inginkan anak tapi masih belum ada rezeki. Buat ibu-ibu yang mengandung kali ke 2,3,4 dan seterusnya, Tahniah juga :) anggap la ini perkongsian masa lapang anda. Enjoy!

Tanda-tanda awal bersalin yang saya rasai

Terbahagi kepada tiga (3) iaitu 

- keluar lendir/cecair berdarah
- keluar@pecah air ketuban
- sakit kontraksi

Macam mana nak kenal tanda-tanda tersebut

Saya kenal melalui bacaan dan perkongsian maklumat dari jururawat di klinik kerajaan. Jangan segan bertanya, ilmu itu luas. Saya di masukkan ke hospital sewaktu usia kandungan 38 minggu. Punca kemasukkan adalah kerana kepala bayi tidak masuk laluan dan tidak lurus (berada di atas peha). Untuk usia kandungan seperti ini adalah bahaya kerana kemungkinan bersalin adalah bila-bila masa.

Masa di hospital, doc telah cuba betulkan kedudukan bayi tapi tidak berjaya. Sebab, kalau kepala belum engages (selalunya bagi kelahiran kedua dan seterusnya), bayi masih boleh bergerak sesuka hati hihi. Sekiranya berlaku kelahiran dalah keadaan kepala bayi tidak lurus, risiko yang ingin dielakkan adalah keluar tali pusat sewaktu proses bersalin @ keluar anggota lain selain kepala semasa proses bersalin.

Alhamdulillah, masuk hari ke-3 di hospital, kepala bayi telah lurus berada di atas laluan cuma tidak engages saja lagi. Pada hari ini juga saya telah turun tanda keluarnya lendir berdarah (macam keputihan bercampur darah, kuantiti sikit sahaja).
 Adalah disarankan untuk ibu-ibu mengandung memakai pantyliner untuk senang nak cam warna cecair yang keluar..ini adalah saranan saya sahaja. 

Selepas turun tanda, rasa sakit bersalin (contraction) mula dirasai. Kekerapan dan kekuatan sakit masih dalam kategori  (mild) hihi. Masih dalam tempoh kadang-kadang terasa contraction. (pengalaman sakit contraction adalah berbeza bagi setiap ibu-ibu). 

Pada petang hari ke-4 di hospital, sewaktu berbual mesra dengan keluarga yang hadir..tiba-tiba...TUPPP!!..(dalam hati, uiks kuatnya anakku bergerak). tapi jangkaan saya salah, rupanya air ketuban pecah. hihi. Setelah diperiksa oleh jururawat dan dipastikan bahawa kepala bayi berada di bawah, saya ditolak ke bilik bersalin. 
Syukur kepada Allah, proses bersalin kali ini dipermudahkan. Sampai di bilik bersalin jam 6.10petang contraction makin kerap berlaku selang masa kekerapan 10 contraction - dalam masa 5 minit ..6.45petang seorang puteri selamat dilahirkan. Alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah.

Untuk tanda keluarnya air ketuban, saya mengalami pecah air ketuban. Jumlah air yang banyak keluar (seperti buang air kecil cuma kita tidak dapat menahan ia untuk berhenti) bergerak sikit keluar, pusing badan sikit keluar. Sekiranya terjadi, dinasihatkan terus ke hospital kerana proses kelahiran telah bermula. 
(Boleh mandi dan makan untuk alas perut dahulu sebelum ke hospital. Proses kelahiran kadang kala mengambil masa yang panjang, jadi ibu-ibu semua perlukan tenaga untuk meneran nanti).

Untuk tanda sakit contraction, saya alami sakit sehari awal. Waktu malam ramadhan sewaktu tunggu suami balik dari terawih. Sebelum hari tersebut, saya sudah rasa sakit-sakit di bahagian tulang pinggul, cume kekerapan setakat sehari 2-3 kali sahaja. Tapi pada malam tu, terlintas dalam hati nak kira kekerapan sakit yang dirasai. Mula-mula 20 minit sekali..  masuk jam kedua 10 minit sekali. Sakit dirasai di bahagian tulang pinggul + bahagian belakang + bayi mengeras. Sewaktu contraction berlaku, ibu-ibu boleh tarik nafas dalam-dalam dan cuba bernafas dengan teratur. Masuk jam 3pagi, kekerapan sakit adalah 5minit sekali tetapi kekuatan sakit adalah (high). Saya pun kejutkan suami, bersiap untuk ke hospital. Sempat singgah kedai beli makanan bersahur dulu hihi. 

Seperti biasa, sampai di hospital, jururawat akan periksa bukaan, buat CTG dan sekian-sekian. 

Jam 7pagi, rasa sakit masih (high) tapi selang masa berkurangan cuma kekutan sakit semakin panjang. Contoh, rasa sakit dalam 5 saat, tapi selang masa dalam 20 minit. Sakit yang saya rasa, tulang pinggul makin meregang.

Jam 8pagi, bukaan baru 1cm walaupun rasa sakit makin kerap. Saya dinasihatkan untuk pulang dulu kerumah kerana wad di hospital penuh (selalunya tempat yang masih ada, di khaskan untuk pesakit yang berisiko tinggi sahaja..ini prosedur biasa).

Jam 9pagi, sampai rumah. Rehat-rehat sambil tahan sakit. Buka puasa sebab rasa waktu bersalin makin hampir jadi saya makan untuk pastikan ada tenaga semasa bersalin nanti.

Jam 10.30pagi kekerapan sakit selang 10minit sekali, kekuatan sakit 10saat panjang. Kemudian saya dapat rasa kepala bayi engages masuk laluan. Apa lagi, terus ajak suami ke hospital balik.

Jam 11pagi sampai di hospital, tak sempat nak tuggu jururawat panggil, saya masuk sendiri ke tempat CTG pagi tadi. 

"nurse...saya dah rasa nak bersalin sangat dah ni"
"puan yang datang pagi tadi kan, saya baru periksa buku ni...cepat-cepat baring kat katil saya perlu periksa bukaan" sambil jalan pimpin tangan saya dan jalan laju-laju ke katil pemeriksaan.

Sakit contraction datang lagi masa duduk atas katil
"puan, baring puan..saya nak periksa ni"
"nanti-nanti tengah sakit ni, saya tak boleh bergerak" 

bila sakit dah reda, cepat-cepat saya baring
" full.." jururawat tu jerit kat kawan dia yang lain.
Apa lagi, berlari nurse2 dan doktor yang bertugas menyorong katil saya ke bilik bersalin.
untuk mengurangkan rasa sakit @ menahan rasa sakit, saya disuruh oleh nurse pada masa tu baring mengiring sambil paut pada besi katil.

(Katil untuk pemeriksaan saringan memang tidak sesuai untuk proses bersalin, jadi dalam keadaan sakit2 tu, kita kena juga tukar katil. Baju saya tak sempat tukar. Dengan blouse dan kain batik tu juga la saya harungi proses bersalin. 

Jam 11.10minit pagi..saya selamat melahirkan seorang putera. :)

Untuk proses bersalin kali ini, saya tidak mengalami pecah air ketuban @ keluarnya lendir berdarah. Cuma rasa sakit sahaja sehingga bersalin. Bila di tanya pada nurse yang sambut bayi saya 

"nurse tak pecahkan air ketuban ke tadi?"
"air ketuban puan pecah masa kepala bayi nak keluar tadi"

Ya Allah! Syukur kepadaMu dengan apa yang Kau mudahkan. Syukur bayi lahir selamat. Syukur tiada komplikasi.

Ini adalah pengalaman peribadi saya yang saya kongsikan untuk rujukan para pembaca. Boleh dibuat rujukan dan saya mohon maaf jika tulisan saya jauh tersasar dari ilmu perubatan.

this is my journey....and i succeed (*!*)v

No comments:

Post a Comment