Sunday, 2 February 2014

Tanda-tanda awal @ sakit bersalin

Assalamu'alaikum semua :)

Tajuk skema sikit kali ini. hihi bukan apa, saja nak berkongsi dengan pembaca tanda-tanda kelahiran yang saya rasai. Buat ibu-ibu yang pertama kali mengandung, Tahniah saya ucapkan :) ketahuilah anda sememangnya bertuah dapat menjadi seorang ibu. Ramai orang di luar sana yang inginkan anak tapi masih belum ada rezeki. Buat ibu-ibu yang mengandung kali ke 2,3,4 dan seterusnya, Tahniah juga :) anggap la ini perkongsian masa lapang anda. Enjoy!

Tanda-tanda awal bersalin yang saya rasai

Terbahagi kepada tiga (3) iaitu 

- keluar lendir/cecair berdarah
- keluar@pecah air ketuban
- sakit kontraksi

Macam mana nak kenal tanda-tanda tersebut

Saya kenal melalui bacaan dan perkongsian maklumat dari jururawat di klinik kerajaan. Jangan segan bertanya, ilmu itu luas. Saya di masukkan ke hospital sewaktu usia kandungan 38 minggu. Punca kemasukkan adalah kerana kepala bayi tidak masuk laluan dan tidak lurus (berada di atas peha). Untuk usia kandungan seperti ini adalah bahaya kerana kemungkinan bersalin adalah bila-bila masa.

Masa di hospital, doc telah cuba betulkan kedudukan bayi tapi tidak berjaya. Sebab, kalau kepala belum engages (selalunya bagi kelahiran kedua dan seterusnya), bayi masih boleh bergerak sesuka hati hihi. Sekiranya berlaku kelahiran dalah keadaan kepala bayi tidak lurus, risiko yang ingin dielakkan adalah keluar tali pusat sewaktu proses bersalin @ keluar anggota lain selain kepala semasa proses bersalin.

Alhamdulillah, masuk hari ke-3 di hospital, kepala bayi telah lurus berada di atas laluan cuma tidak engages saja lagi. Pada hari ini juga saya telah turun tanda keluarnya lendir berdarah (macam keputihan bercampur darah, kuantiti sikit sahaja).
 Adalah disarankan untuk ibu-ibu mengandung memakai pantyliner untuk senang nak cam warna cecair yang keluar..ini adalah saranan saya sahaja. 

Selepas turun tanda, rasa sakit bersalin (contraction) mula dirasai. Kekerapan dan kekuatan sakit masih dalam kategori  (mild) hihi. Masih dalam tempoh kadang-kadang terasa contraction. (pengalaman sakit contraction adalah berbeza bagi setiap ibu-ibu). 

Pada petang hari ke-4 di hospital, sewaktu berbual mesra dengan keluarga yang hadir..tiba-tiba...TUPPP!!..(dalam hati, uiks kuatnya anakku bergerak). tapi jangkaan saya salah, rupanya air ketuban pecah. hihi. Setelah diperiksa oleh jururawat dan dipastikan bahawa kepala bayi berada di bawah, saya ditolak ke bilik bersalin. 
Syukur kepada Allah, proses bersalin kali ini dipermudahkan. Sampai di bilik bersalin jam 6.10petang contraction makin kerap berlaku selang masa kekerapan 10 contraction - dalam masa 5 minit ..6.45petang seorang puteri selamat dilahirkan. Alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah.

Untuk tanda keluarnya air ketuban, saya mengalami pecah air ketuban. Jumlah air yang banyak keluar (seperti buang air kecil cuma kita tidak dapat menahan ia untuk berhenti) bergerak sikit keluar, pusing badan sikit keluar. Sekiranya terjadi, dinasihatkan terus ke hospital kerana proses kelahiran telah bermula. 
(Boleh mandi dan makan untuk alas perut dahulu sebelum ke hospital. Proses kelahiran kadang kala mengambil masa yang panjang, jadi ibu-ibu semua perlukan tenaga untuk meneran nanti).

Untuk tanda sakit contraction, saya alami sakit sehari awal. Waktu malam ramadhan sewaktu tunggu suami balik dari terawih. Sebelum hari tersebut, saya sudah rasa sakit-sakit di bahagian tulang pinggul, cume kekerapan setakat sehari 2-3 kali sahaja. Tapi pada malam tu, terlintas dalam hati nak kira kekerapan sakit yang dirasai. Mula-mula 20 minit sekali..  masuk jam kedua 10 minit sekali. Sakit dirasai di bahagian tulang pinggul + bahagian belakang + bayi mengeras. Sewaktu contraction berlaku, ibu-ibu boleh tarik nafas dalam-dalam dan cuba bernafas dengan teratur. Masuk jam 3pagi, kekerapan sakit adalah 5minit sekali tetapi kekuatan sakit adalah (high). Saya pun kejutkan suami, bersiap untuk ke hospital. Sempat singgah kedai beli makanan bersahur dulu hihi. 

Seperti biasa, sampai di hospital, jururawat akan periksa bukaan, buat CTG dan sekian-sekian. 

Jam 7pagi, rasa sakit masih (high) tapi selang masa berkurangan cuma kekutan sakit semakin panjang. Contoh, rasa sakit dalam 5 saat, tapi selang masa dalam 20 minit. Sakit yang saya rasa, tulang pinggul makin meregang.

Jam 8pagi, bukaan baru 1cm walaupun rasa sakit makin kerap. Saya dinasihatkan untuk pulang dulu kerumah kerana wad di hospital penuh (selalunya tempat yang masih ada, di khaskan untuk pesakit yang berisiko tinggi sahaja..ini prosedur biasa).

Jam 9pagi, sampai rumah. Rehat-rehat sambil tahan sakit. Buka puasa sebab rasa waktu bersalin makin hampir jadi saya makan untuk pastikan ada tenaga semasa bersalin nanti.

Jam 10.30pagi kekerapan sakit selang 10minit sekali, kekuatan sakit 10saat panjang. Kemudian saya dapat rasa kepala bayi engages masuk laluan. Apa lagi, terus ajak suami ke hospital balik.

Jam 11pagi sampai di hospital, tak sempat nak tuggu jururawat panggil, saya masuk sendiri ke tempat CTG pagi tadi. 

"nurse...saya dah rasa nak bersalin sangat dah ni"
"puan yang datang pagi tadi kan, saya baru periksa buku ni...cepat-cepat baring kat katil saya perlu periksa bukaan" sambil jalan pimpin tangan saya dan jalan laju-laju ke katil pemeriksaan.

Sakit contraction datang lagi masa duduk atas katil
"puan, baring puan..saya nak periksa ni"
"nanti-nanti tengah sakit ni, saya tak boleh bergerak" 

bila sakit dah reda, cepat-cepat saya baring
" full.." jururawat tu jerit kat kawan dia yang lain.
Apa lagi, berlari nurse2 dan doktor yang bertugas menyorong katil saya ke bilik bersalin.
untuk mengurangkan rasa sakit @ menahan rasa sakit, saya disuruh oleh nurse pada masa tu baring mengiring sambil paut pada besi katil.

(Katil untuk pemeriksaan saringan memang tidak sesuai untuk proses bersalin, jadi dalam keadaan sakit2 tu, kita kena juga tukar katil. Baju saya tak sempat tukar. Dengan blouse dan kain batik tu juga la saya harungi proses bersalin. 

Jam 11.10minit pagi..saya selamat melahirkan seorang putera. :)

Untuk proses bersalin kali ini, saya tidak mengalami pecah air ketuban @ keluarnya lendir berdarah. Cuma rasa sakit sahaja sehingga bersalin. Bila di tanya pada nurse yang sambut bayi saya 

"nurse tak pecahkan air ketuban ke tadi?"
"air ketuban puan pecah masa kepala bayi nak keluar tadi"

Ya Allah! Syukur kepadaMu dengan apa yang Kau mudahkan. Syukur bayi lahir selamat. Syukur tiada komplikasi.

Ini adalah pengalaman peribadi saya yang saya kongsikan untuk rujukan para pembaca. Boleh dibuat rujukan dan saya mohon maaf jika tulisan saya jauh tersasar dari ilmu perubatan.

this is my journey....and i succeed (*!*)v

EBM : Tips untuk Breastfeeding Mom travel without baby

EBM : Travel without baby...

Assalamu'alaikum semua,

Hari ni saya ingin berkongsi pengalaman ketika kena travel ke oversea sewaktu anak masih lagi full breastfeed (mase tu baby baru 4 bulan lebih). Sebenarnya ini kali pertama travel ke oversea. lepas bersalin, mase dalam pantang tu bos hantar email bagi tahu nak nominate nama untuk hadir kursus ke...Norway. Terkedu dibuatnya. Tapi tugas tetap kena terima. 

ini link yang saya rujuk masa nak pergi oversea hari tu
sini
lagi sini

Jadi persediaan pertama yang dilakukan adalah seperti berikut:

1. Kena buat stok yang sangat banyak..hihi. 

Saya tahu ada pembaca yang sangat disiplin dalam buat stok EBM. Seawal hari ke 2 pantang dah buat. Tahniah di ucapkan. Bagi saya, susu yang awal (kolostrum) ni sangat berkhasiat untuk baby. Jadi saya bagi direct saja bulan pertama pantang. Masuk bulan ke-2, start buat stok 1 botol sehari. Perlu di ingatkan di sini, rezeki baby dan ibu menyusu tidak sama semuanya. Ada yang banyak susunya..ada pula sebaliknya. Cuma diharapkan, buat ibu2 yang ingin BF anak, jangan mudah putus asa..doa banyak2 (Doa ni kena start dari pregnant sebaik2nya, mohon sentiasa ada susu untuk anak).


 

gambar dari internet

Mak aih, baru 1, dah berjela-jela hihi, okay kite sambung hihi.

2. Study syarat untuk masuk Negara yang kita nak pergi. Dalam kes ni, kena study syarat untuk ke Norway macam mana. Boleh bawak masuk susu ke tak and so on.

3. Study flight yang kite naik nanti. Transit di mana, berapa lama, max luggage berapa.

4. Barang yang perlu disediakan adalah seperti berikut:
    -Breastpump (paling elok yang guna bateri, sebab senang untuk pam dalam flight).
    -Breastmilk storage bags (saya guna Autumz saiz kecil 7oz & besar 12oz)
    -Cooler box (HF laburkan duit beli coolman, kuality terjamin ini untuk bawak EBM balik)
    -Ice bricks/ice pack (untuk digunakan mase travel dalam flight)
    -Tuala yang sederhana tebal.
    -Ziplock bag (yang beg sandwich tu, saya guna jenama giant je)
    -Marker pen (untuk tulis date, kuantiti EBM..)
    -Masking Tape (Untuk tampal pada breastmilk storage bag untuk tulis date, dan untuk seal cooler box mase travel balik nanti.
    -Surat doctor yang menyatakan kita breastfeed mom
    -Surat hadir kursus (sekiranya kite keluar negara atas tugas rasmi dari pejabat/syarikat etc)

5. Untuk pemilihan cooler box yang mana sesuai, boleh refer link yang saya letak di atas.
 
gambar dari internet

6. Masa yang sesuai untuk pam. Saya rujuk maklumat dari blog2 dan penulisan dalam internet. Kebanyakannya menyarankan kite pam selepas waktu makan, ketika penumpang lain sudah tidur atau semsa penumpang lain sedang makan. Tempat... memang tiada pilihan lain..Dalam Toilet.

* Pastikan anda memberitahu kepada pramugari/a yang ada di situ, bahawa anda ingin menggunakan tandas dalam tempoh waktu yang agak lama untuk mengepam susu. Sebab kalau tidak, pramugari ni akan ketuk pintu untuk pastikan tiada apa2 berlaku dalam tandas. (ini memang pengalaman saya sendiri..al-maklumla pertama kali travel.

*Kecuali anda naik business class, mungkin boleh pam di seat masing2..

7. EBM yang telah di letakkan dalam storage bag, masukkan pula dalam Ziplock bag yang besar. Kemudian anda boleh meminta untuk tumpang dalam refrigerator dalam flight. Pastikan Nama dan No. Seat telah ditulis pada Ziplock bag besar

* Ini adalah untuk pastikan EBM dalam suhu yang tetap sepanjang dalam flight. Jangan lupe untuk ambil kembali EBM semasa turun flight.

8. Untuk simpan EBM di hotel, Supermom sekalian sila JANGAN MALU untuk minta kebenaran tumpang di freezer room / refrigerator room hotel berkenaan. Walaupun saya cakap BI x handal, tapi ku gagahkan juga :) [Sebab saya travel 6 hari termasuk perjalanan]

mase di bilik hotel, kita boleh gunakan minibar/chiller yang ada. Keesokkannya, bawak turun semua EBM yang dah siap letak date, kuantiti dalam chiller tu, simpan dalam freezer room hotel. 


* Lupa nak cakap, kita boleh letak cooler box yang kita bawak tu dalam freezer room hotel. make sure siap tampal di box Nama, No Bilik, Contact no. Ini penting, supaya EBM tidak bercampur dengan bahan basah/kering yang ada di dalam freezer room berkenaan.

* Lagi satu, tulis juga pada box " Breastmilk inside - please do not move"

9. untuk steril alat2 pam dan botol, boleh guna kettle yang ada dalam bilik hotel. [saya lepas basuh dengan sabun, guna air panas kat toilet tu je, kalau ade bawak tupperware kecik lebih elok untuk letak part pam yang nak di steril. Boleh juga guna steril tablet]

10. Part yang paling penting adalah apabila kita nak balik. Untuk packing freezer EBM  pastikan:
- Supermom sekalian tahu di mana boleh dapatkan ais yang banyak [saya dapat dari hotel, selalunya hotel ade mesin ais, jadi kite ambil (minta dulu ye..) sebanyak mana ais yang kite inginkan.
- Garam untuk turunkan suhu ais masa travel nanti.
- Towel sederhana tebal untuk letak diatas ais supaya lebih kedap dan susu terkawal.

*Cara packing yang saya buat, semua EBM frozen saya letak dalam cooler box. susun lapis2. mula masuk ais (tabur garam) - EBM - ais(garam) - EBM - ais(garam). last sekali letak ais, tabur garam dan towel.

*Kemudian, seal cooler box dengan masking tape supaya tidak terbuka dan tiada lelehan air.

*Untuk chilled EBM saya bawak dalam beg pam sebab tak nak campur dengan yang frozen (lagi pon dah x muat sebenarnye nak masuk cooler box). saya masukkan chilled EBM dalam ziplock bag besar supaya nanti mase dalam flight boleh tumpang refrigerator.






** Pengalaman nak check in untuk balik ke Malaysia sangat berharga. Untuk pembaca yang akan berkunjung ke Norway, mase check in saya di tanya mana baby sekiranya yang di bawa adalah Breast milk. So, kena pastikan, dokumen/surat panggilan kursus sentiasa ada dalam beg, Surat doktor yang menyatakan anda adalah ibu yang menyusukan anak.

**Bersiap sedia sekiranya pegawai pemeriksa suruh anda rase EBM tersebut (tapi saya xkena mase tu). Setiap EBM perlu scan..semua kena keluarkan letak dalam tray..(ini untuk yang chill sahaja..yang frozen, pegawai pemeriksa akan check cooler box tu betul2 kering...baru lepas).

** Jangan takut ye semua Supermom, Allah sentiasa membantu kita. Jadi Berdoa banyak2 jika ada Supermom yang akan ke Oversea nanti.

Sampai di sini saja yang saya nak kongsikan buat pertama kali ni :) Insya Allah saya akan kongsikan lagi pengalaman yang menarik dan berguna untuk pembaca sekalian. Wassalam.

this is my journey....and i succeed (*!*)v