Di harap semua pembaca dalam keadaan sihat, selamat dan bahagia. Ye, kadang-kadang kita sihat, tapi tak bahagia..kita sama-sama berdoa agar kita sentiasa dikurniakan Allah ketenangan, kebahagiaan dan kesihatan yang baik selalu..InsyaAllah.
sumber-internet
Okay, hari ni saya nak kongsi tentang pembenihan awan @ cloud seeding. ramai orang tanya apakah hujan buatan ini bahaya...adakah hujan tersebut berasid dan sebagainya. Jadi saya cuba terangkan semampu yang boleh mengenai hujan buatan ini. (dan dalam bahasa yang paling mudah difahami)
towering cumulus-internet
Pembenihan awan bukanlah kita benih untuk dapatkan awan. Bukan ya..pembenihan awan hanya dapat dilakukan pada awan cumulus/ towering cumulus/ awan yang berpotensi menghasilkan hujan. Proses pembenihan awan ini adalah sebagai pemangkin untuk mempercepatkan proses terjadinya hujan dan juga kita galakkan lagi lebat hujan tersebut in english we call it intense hihi.
towering cumulus-internet
Secara amnya, proses ini terbahagi kepada 2 iaitu dry seeding dan wet seeding. Apa dia dry dan wet seeding ni, saya akan terangkan kemudian ye. atau pembaca boleh rujuk di SINI untuk makluman lebih lanjut.
contoh proses cloud seeding-internet
Apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah pengalaman saya melaksanakan pembenihan awan. Bunyi macam menarikkan, naik kapal terbang...buat seeding..tengok hujan jadi ke tak, tapi bukanlah semudah itu.
Antara perkara yang perlu dilakukan sebelum operasi adalah:
1. kita perlu tahu arah angin di level-level tertentu (300m, 900m, 850hpa, 700hpa,500hpa dan 200hpa)- tujuannya dengan maklumat angin kita dapat tahu dan plan dari arah mana seeding akan di lakukan. Awan dapat develop hingga level berapa dan sebagainya.
sumber- MetMalaysia
2. kita juga perlu melihat model ramalan bagi arah angin di kawasan serantau. Tujuannya untuk melihat angin yang datang ke tempat kita adakah dari kawasan kering seperti dari benua asia atau dari kawasan lembab lautan pasifik. Maklumat ini digunakan untuk menentukan selama mana seeding sesuai dilakukan (tempoh 2~3 hari @ seminggu dsb)
sumber-Internet
3. Imej radar dan satelit yang membantu dari segi kelembapan udara (water vapour), kehadiran awan dikawasan yang terlibat untuk operasi seeding dilakukan.
sumber MetMalaysia dan internet
4. Dan tak lupa, flare @ larutan air garam yang kita perlukan.
mengenai kapal terbang yang digunakan adalah dari jenis Cessna seperti rajah di bawah
sumber-internet
tempat duduk hanya 6 orang.. depan pilot dan co-pilot...tengah dan belakang ahli cuaca dan lembaga air yang terlibat.
Pengalaman saya untuk pertama kali agak mencabar apabila ada ahli operasi yang tidak dapat bertahan dengan turbulence yang dirasakan dan muntah. Bukan senang untuk menahan muntah dikala up draft kuat terjadi. Dan juga sangat susah nak menahan untuk tidak muntah apabila bau-bauan yang mencabar di hidung menerpa huhuhu dugaan.
Operasi bermula apabila pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang ke kawasan tadahan air yang terlibat.
Awan yang berpotensi iaitu cumulus dan towering cumulus dikenal pasti untuk pembakaran flare.
Hygroscopic flare
Selepas pembakaran flare, dapat disaksikan awan bertukar menjadi lebih gelap dan turbulence makin dirasai. Selalunya operasi ini akan mensasarkan 2 kawasan tadahan dilakukan, dan selepas semua flare habis di bakar, kami akan melihat sama ada terjadinya hujan di kawasan tersebut.
Kemudian baru pulang semula ke Subang.
Inilah rutin yang akan dijalankan sebelum operasi pembenihan awan dijalankan. Sekiranya tidak tepat dan banyak kekurangan, saya mohon maaf kerana apa yang saya ingin sampaikan adalah maklumat am mengenai pembenihan awan yang di jalankan di Malaysia.
ohh sebelum terlupa, adakah hujan buatan ini bahaya, TIDAK..ia seperti hujan biasa, cuma pembentukannya dibantu agar lebih cepat dan lebat.
Sekiranya pembaca masih terdapat soalan dan kemusykilan, boleh hubungi MetMalaysia atau agensi yang terlibat untuk maklumat lebih lanjut.
Untuk post kali ini, saya berjaya mengharungi operasi pembenihan awan yang agak mencabar dan ia merupakan pengalaman yang bukan semua orang dapat merasainya.
this is my journey....and i succeed :)













No comments:
Post a Comment